领口钩针编法1 披肩钩针编法1 领口钩针编法2 领口钩针编法3
Tuesday, 29 July 2014
Sunday, 4 May 2014
Nombor Kompleks
Mengapakah
set nombor kompleks dikatakan merupakan set nombor yang terbesar dalam sistem
nombor? Bersama ini, marilah kita perhatikan dan fahami dengan teliti mengenai set
nombor kompleks yang ditakrifkan sebagai
C = {z= a+bi | a,b ∊ R, i2 = -1}
Dalam
set nombor kompleks ini telah tertulis bahawa z=a+bi, di mana C=z iaitu C=a+bi.
a dan b ialah nombor nyata dan i ialah unit khayalan.
Oleh
yang demikian, kita perlu tahu apa itu nombor nyata dan apa itu nombor khayalan.
Seterusnya gabungan nombor nyata dan nombor khayalan membentuk nombor kompleks.
Set Nombor Nyata(R)
Set nombor
nyata(R) adalah set nombor yang meliputi set-set nombor asli(N), integer(Z),
nombor nisbah(Q) dan nombor bukan nisbah(Q').
Marilah
kita menegnali dahulu set-set nombor yang terkandung dalam set nombor nyata
yang berkaitannya dengan nombor kompleks yang dikatakan merupakan set nombor
yang terbesar dalam sistem nombor.
Set nombor asli (N)
N={1,2,3...}
set nombor yang mewakili semua nombor bilang yang mula dengan 1
Set nombor integer (Z)
Z={...-3,-2,-1,0,1,2...}
set nombor yang merangkumi nombor bulat positif dan negatif dan sifar. Ini
menunjukkan ianya juga merangkumi nombor dalam set nombor asli, maka set nombor
asli ialah subset kepada set integer iaitu N⊆Z.
Set nombor nisbah (Q)
Q={p/q |
p , q ∊ Z , q ≠ 0} merupakan set nombor pecahan yang dibaca sebagai
p per q, p dan q adalah nombor integer dan q bukan nombor sifar. Nombor nisbah
ini juga diungkapkan sebagai nisbah dua integer, jadi ianya boleh dituliskan
dalam bentuk nombor pecahan ataupun nombor perpuluhan terhad atau nombor
perpuluhan berulang. Contoh :1, ½, 2.3, dan sebagainya. Oleh itu, nombor-nombor
yang termasuk dalam set nombor nisbah ialah integer. Integer ialah subset kepada
set nombor nisbah iaitu Z⊆Q.
Set nombor bukan nisbah (Q')
Q'={x | x ialah nombor perpuluhan yang tidak berulang
atau terhad}juga merupakan nombor perpuluhan tetapi nombor perpuluhannya tidak
berulang ataupun terhad. Contoh : 𝜋≈3.14159,
e≈2.71828, √2≈ 1.41421 dan sebagainya.
Maka
set-set nombor asli, integer, dan set nombor nisbah tidak terkandung dalam set
nombor bukan nisbah.
Justeru
itu, set nombor asli, integer, nombor nisbah dan nombor bukan nisbah ialah
subset kepada set nombor nyata. Ini menunjukkan set nombor nyata adalah set
terbesar dalam lingkungan set-set nombor tersebut kecuali set nombor kompleks
dan boleh dituliskan dalam simbol seperti berikut :
N ⊂ Z ⊂ Q
⊂ R / Q'⊂ R
Set Nombor Khayalan (I)
Manakala
set nombor khayalan (I) adalah set nombor yang paling kecil yang terkandung
dalam set nombor kompleks tetapi berasingan dengan set nombor nyata. Unit
khayalan ialah i iaitu i= √-1 atau
i2 = -1. Bagi menyatakan punca kuasa dua untuk satu nombor negatif ,
nombor khayalan diperlukan, contoh
√-9 = √9√-1 = 3√-1 = 3i
Set Nombor Kompleks (C)
Secara
amnya nombor kompleks ditulis dalam bentuk a+bi. Setelah memahami set nombor
nyata dan set nombor khayalan, maka saya akan tujukan kewujudan nombor nyata
dan nombor khayalan yang terkandung dalam nombor kompleks.
C=a+bi,
C= ½+(-16)
= ½+(√-16)
= ½+(√16√-1)
= ½ +
4√-1 di bahagian ini ½ dan 4 ialah nombor
nyata dan
= 2√-1 √-1 adalah nombor khayalan.
= 2i
Jadi kombinasi
nombor nyata (R) dan khayalan (I) akan membentuk nombor kompleks (C).
Maka nombor
kompleks merupakan set yang terbesar sekali dalam sistem nombor.
Ini juga boleh dibuktikan
dalam bentuk gambarajah di bawah.
Rajah di bawah menunjukkan hubungan antara set-set nombor dengan set nombor kompleks. Di mana set nombor kompleks merupakan set nombor yang terbesar sekali dalam sistem nombor.
Subscribe to:
Posts (Atom)